Posts

Resepi Kerang Bakar Versi AF

Image
Senang sangat lah nak buat KERANG BAKAR air fryer nih.  Dah la tak kering. Lamak rasanya. Bahan- bahan : Kerang Bawang besar (hiris halus) Bawang merah (hiris halus) Serai (ketuk sikit) Garam sikit Cara-cara : 1. Bersihkan kerang. Toskan 2. Gaulkan semua bahan. 3. Lapik daun pisang. 4. Bakar dalam air fryer. - Suhu 170-180 darjah - Masa 10 minit 5. Siap! Cicah dengan air asam ..perghhhh! Air asam : Cili kecik (tumbuk lumat) Bawang merah (tumbuk lumat) Bawang putih (tumbuk lumat) Bawang besar (hiris halus) Kicap Air asam jawa 1. Tumbuk bahan yang dinyatakan di atas.  2. Kemudian masukkan kicap dan air asam jawa. 3. Gaulkan bawang besar. Done! Sumber: https://m.facebook.com/groups/510788465769250?view=permalink&id=1077393445775413&sfnsn=mo

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Image
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API BAHAN-BAHAN : 1 peket siput sedut (1kg) 5 cawan santan - secukupnya 3 batang serai - dititik 1 keping asam keping BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api - boleh tambah 2 inci kunyit hidup Garam kasar secukup rasa * kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi CARA MEMASAK : Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni . Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Resepi Rendang Kerang

Image
RENDANG KERANG PEDAS BAHAN-BAHAN: 3kg kerang (gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi) BAHAN TUMIS 5 biji bawang merah ros 2 biji bawang merah besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja 10 biji cili api kampung BAHAN LAIN 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus Santan – 1 biji kelapa 3 sudu makan kerisik 2 keping asam 3 helai daun kunyit – hiris halus CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak 2. Masukan santan – biarkan merenih dengan api perlahan 3. Masukan kerisik dan asam keping – renih sampai pekat 4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan 5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam. KREDIT: Aezach AR

Resepi Lala Goreng Cili Padi

Image
LALA GORENG CILI PADI BAHAN-BAHAN: 500gm lala | dibersihkan 5 ulas bawang putih 5 biji cili padi 2 sudu makan sos tiram 50ml air 1 batang bunga kantan Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan. 3. Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi. 4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak. 5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. 6. Sedia untuk dihidangkan. Kredit: rasa.my

Resepi Kerang Goreng Kunyit Serai

Image
KERANG GORENG KUNYIT SERAI BAHAN-BAHAN: 500gm kerang | bersih dan tos 1biji bawang besar | hiris 2 batang serai | kisar 3 ulas bawang putih | kisar 6 tangkai cili padi merah | kisar 2sm halia | kisar 1 helai daun kunyit 1 helai daun limau purut 1 keping asam gelugur ½ cawan susu cair Garam, gula dan perasa secukupnya Minyak untuk menumis CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan hiris hingga naik bau dan pecah minyak. 2. Masukkan kerang, asam keping, daun limau purut dan kunyit. 3. Kemudian masukkan susu cair diikuti garam, gula dan perasa secukupnya. 4. Siap dihidangkan. kredit: rasa.my

Resepi Lala Masak Asam Rebus

Image
LALA MASAK ASAM REBUS BAHAN-BAHAN: 500gm lala | dibersihkan 2 biji bawang merah | dihiris nipis 2 biji cili merah | dihiris nipis 4 biji cili padi | dihiris nipis 1 batang serai | dihiris nipis 2cm lengkuas 2cm halia 1 tangkai daun kesum 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua 1 cawan air asam jawa Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR: 2cm kunyit 4 biji cili padi 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit belacan CARA MEMASAK: 1. Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak. 3. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 4. Angkat dan hidangkan. Kredit : rasa.my

Resepi Kerang Air Asam

Image
KERANG AIR ASAM BAHAN-BAHAN: 1kg kerang 5 ulas bawang putih 6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing) 1 1/2 keping kecil gula kabung / gula melaka 1 sudu kecil pes asam jawa adabi | dibancuh dengan 2 sudu besar air panas (boleh tambah jika suka masam) 1 sudu kecil garam halus 2 biji limau nipis | dipotong (perah & kulit digaul sekali) 1 biji tomato | dipotong mengikut citarasa anda CARA MEMASAK: 1. Bersihkan kulit kerang, rebus hingga masak dan buang separuh kulitnya. Ketepikan. 2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula kabung dan tomato hingga separa lumat. 3. Masukkan air asam jawa. Sebatikan. 4. Perah jus limau nipis. Masukkan sekali dengan kulit limau. 5. Perasakan dengan garam secukupnya. Gaul rata. 6. Setelah semua bahan sebati, tuang sos di dalam mangkuk berisi ke kerang tadi. Gaul rata. 7. Sedia untuk dinikmati. Kredit gambar & resipi: FB Mut Tam